Cara Urus Wang Dengan Bijak melalui Sistem 7 Jar

syuesalim | February 23, 2017 | 0Komen |

Semua orang inginkan wang yang banyak. Tapi kena ingat, untuk memperolehi wang yang banyak, kita kena belajar nak handle wang yang kita ada. Sebab kebanyakan orang yang ada masalah kewangan ni bukan sebab kurang wang tapi kurang pengetahuan untuk urus wang sedia ada. Ada di kalangan kita bekerja sepanjang hidup dia, sampai tak pernah ada masa dan tak pernah cukup wang untuk bercuti. Kesudahannya, kerja penat lelah sampai ke pencen tahu-tahu simpanan pun tak cukup! Kecewa kan? Tapi perkara sebegini kita boleh elak dengan pengetahuan dan perancangan.

Sebenarnya banyak cara yang kita boleh cuba untuk urus wang kita. Namun ada satu sistem yang terbukti berkesan, mudah dan kita boleh terus buat. Apa yang penting dalam sistem ini adalah SIKAP. 7 Jars System adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung. Sistem ini memerlukan kita bahagikan duit kita ke 6 tabung yang berbeza mengikut peratusan yang telah kita tetapkan. 

Jadi apakah tabung-tabung ini dan berapakah peratusan yang dicadangkan?
Dlm 6 jars, ada 6 tabung;
🏆 NEC (NECessity) - tabung untuk benda-benda keperluan dan belanja harian, bil-bil, anak-anak
🏆 EDU (EDUcation) - tabung untuk pembelajaran, buku, kelas
🏆 LTSS (Long Term Saving for Spending) - tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yang byk, contohnya nak beli rumah
🏆 FFA (Financial Freedom Account) - tabungan untuk hari tua bila dah tak mampu cari duit
🏆 PLAY (Leisure) - tabung untuk buat apa yg kita suka, hobi, melancong, hiburan
🏆 GIVE (Charity) - tabung untuk kebajikan
Dan kita tambah satu lagi jar;
🏆 PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan untuk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan-urusan mereka yang belum selesai dan kalau semua dah selesai, bersedekahlah bagi pihak mereka

Macamana nak mula buat sistem ini?

Setiap bulan, bahagikan duit gaji kita ikut peratusan. Berapa banyak gaji kita, tak penting. Tak kisah la RM500 ka, RM1,000 ka, RM10,000 ka; ikut saja peratusan tabung-tabung tu.
Macam ni 👇👇👇:
NEC - 50%,
EDU - 5%,
LTSS - 10%,
FFA - 5%,
PLAY - 10%,
GIVE - 10%,
PARENTS - 10%

Nampak dak?...Tak brapa clear??
Ok meh Syue bagi contoh dengan amaun.
Katakan gaji = RM 2,500
Makanya, agihan akan jadi macam ni 👇:
NEC - 50% = RM1,250
EDU - 5% = RM125
LTSS - 10% = RM250
FFA - 5% = RM 125
PLAY - 10% = RM250
GIVE - 10% = RM250
PARENTS - 10% = RM250
Ok...mudah kan??

Peratusan boleh diubah ikut situasi masing2 tapi mesti KONSISTEN; tiap2 bulan duit mesti pergi ke tempat-tempat tu tau. Masuk tabung jangan korek-korek dah. Tolong kuatkan iman masing-masing 😁

Apa yang dapat saya perhatikan dari sistem ini adalah ia bantu kita untuk menetapkan keutamaan, jadi lebih sistematik dan menghalang kita dari terlebih belanja. Lama kelamaan memang kita akan dapat lihat kepentingan perancangan, penjimatan dan pelaburan untuk kewangan kita sendiri.

Untuk capai kebebasan kewangan, jangan beralasan lagi. JOM kita buat sistem ni SEKARANG!😉



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com